You are here: Home News & Events Press Releases Buah Tempatan Atau Buah Import - Rapi Magazine June 01

MBG Fruits Sdn.Bhd. (773774-A)

Buah Tempatan Atau Buah Import - Rapi Magazine June 01


Sebut saja buah, apa yang terbayang difikiran anda terlebih dahulu? Epal atau betik, durian atau kiwi? Biar apa pun buah kegemaran anda, pastikan anda mendapat manfaat dari khasiatnya. Buah tempatan atau import, bezakah untuk diet anda?

Harus diakui bahawa bukan mudah untuk kebanyakan daripada kita menempatkan buah-buahan sebagai salah satu hidangan wajib setiap hari. Boleh dikatakan buah-buahan adalah pilihan terakhir. Jika ada, adalah tetapi kalau tak ada pun tak mengapa. Itulah pandangan klise bila merujuk kepada kepentingan memakan buah ini. Kebanyakan dari kita lebih rela mengeluarkan duit untuk membeli makanan ringan dari membeli buah.

BUAH TEMPATAN ATAU YANG DIIMPORT?

Kedudukan buah di kalangan masyarakat Malaysia adalah berbeza-beza. Begitulah hakikat yang diakui oleh En. Adnan Lee, Pengarah Urusan MBG Fruitshop. Pertemuan RAPI dengannya dalam satu temubual santai sangat memberikan informasi. Ujarnya, "Saya melihat positioning buah di kalangan masyarakat kita begini, bagi golongan dalam bandar, buah berada pada kedudukan nombor satu di dalam diet. Sementara bagi golongan pertengahan pula, kepentingan buah di dalam diet berada di tempat kedua. Golongan berpendapatan rendah pula menjadikan kepentingan buah di dalam diet sebagai fleksibel iaitu membeli buah hanya apabila ada duit lebih di mana keutamaan wang itu diberikan kepada keperluan asas lain."

 

Masyarakat Malaysia kini semakin peka dengan kepentingan buah-buahan ini. Bagaimanapun, kesukaran untuk mendapatkan buah sedia dimakan membuatkan niat untuk menikmati buah-buahan bagi golongan sibuk sering terhalang. Atas alasan itu juga, ramai yang lebih gemar memilih buah epal atau pir yang bersifat tahan lama dan mudah dibawa untuk dimakan (tanpa perlu membuang kulit dan dipotong).

 

Tidak kurang juga yang melabelkan buah-buahan tempatan sebagai buah yang kurang berkhasiat dan tinggi kandungan gula. "Itu tidak saya nafikan kerana berdasarkan pemerhatian saya, ada juga di kalangan rakyat Malaysia suka melabelkan buah-buahan tempatan sebagai 'buah murah manakah buah yang diimport pula lebih bersifat 'luxury'. Hakikat yang kita sedar adalah kita perlu makan buah demi khasiat di dalamnya. Buah sama ada diimport atau buah tempatan tetap mengandungi pelbagai jenis vitamin dan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Buah tempatan sebabnya mempunyal khasiat yang lebih banyak berbanding buah import walaupun jangka hayatnya pendek jika dibandingka dengan buah epal, oren, pir, markisa, anggur atau kiwi. Ini kerana buah tempatan ditanam di dalam kawasan beriklim tropika. Konsep 'petik dan hidang' yang kita dapat dari buah tempatan memberikan kelebihan nutrisi dan kesegaran berbanding buah import yang mengambil masa lebih dari sebulan sebelum sampai di pasaran kita.

 

Cuma kelemahan buah tempatan adalah ia bersifat bermusim tetapi bagi saya di situlah keunikannya. Selain itu tidak dinafikan yang kandungan gula di dalam buah tempatan juga agak tinggi kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima pancaran matahari lebih tinggi sepanjang tahun," jelas Adnan Lee panjang lebar.

 

 

Fareehah Bt Ahmad Fozi: "Bagi saya buah tempatan banyak khasiatnya dan senang diperolehi sama ada di pasaraya atau di gerai-gerai buah sepanjang jalan. Saya berpendapat yang buah-buahan tempatan lebih berkhasiat seperti jambu, nanas dan sebagainya. Buahnya lebih segar dan tidak seperi buah-buahan yang chimport kerana proses pengimportan yang lama bagi dari sebuah negara ke negara lain mampu merosakkan kesegarannya walaupun kelihatan cantik di luar."



Farah Mojuning: "Buah-buahan import selalu jadi pilihan mereka yang berdiet sebab ia selalu disyorkan oleh kebanyakan pengamal diet malah ada juga yang gemar mengikut 'fruit diet'. Selain itu, buah-buahan yang diimport in juga sering mendapat perhatian pengkaji nutrisi dan kerana itulah ia lebih popular berbanding buah-buahan tempatan. Bagi saya buah-buahan tempatan lebih berkhasiat dan lebih murah."



Nor Azlina Sabudin: "Buah tempatan harganya lebih murah malah kaya dengan nutrisi seperti pelbagai jenis vitamin. la lebih mudah diperolehi walaupun ada di antaranya yang datang secara bermusim. Jadi tak perlulah berbelanja mahal untuk dapatkan khasiat yang sama."





Noor Haidar Haji Ahmad: "Bagi saya, sama saja kerana yang penting adalah khasiatnya. Kita pilih buah berdasarkan khasiat dan tentunya mengikut citarasa kita. Apa yang penting, kita tahu keperluan tubuh kita."






Noor Kumalasari Emma: "Saya bukan nak menyokong buah-buahan import atau tidak yakin dengan buah tempatan tetapi saya rasa buah-buah yang diimport ini lebih kaya dengan kandungan antioksidan."






Khairul Bariyah Ibrahim: "Sebenarnya kualiti khasiat dan kesegaran apa juga jenis buah bergantung pada cara pengendalian pemilik kedai buah tersebut. Sekarang ini dah banyak sangat penggunaan macam-macam jenis bahan kimia untuk bagi pokok cepat buahlah, buah tahan lebih lama dan sebagainya. Jadi bagi saya jika terlalu banyak penggunaan bahan kimia ini buah import atau buah tempatan akan terjejas khasiatnya."



Zaida Mazian: "Bagi saya buah tempatan juga tidak kurang hebatnya jika kita bercakap mengenai khasiat dan kandungan nutrsi. Contohnya buah pisang. Buah import pula kalau tak salah saya ada wax'untuk membantu kekal cantik dan lebih lama. Kalau nak tahu cuba kikis kulit buah epal itu." Begitulah pelbagai pandangan yang dilontarkan oleh peminat setia RAPI terhadap isu ini. Betul, apa yang sewajarnya kita utamakan adalah kandungan khasiat dan keperluannya di dalam diet. Berikut adalah di antara buah-buahan yang boleh dijadikan pilihan untuk ditambah ke dalam diet anda. Secara umumnya, setiap indlyidu perlu melengkapkan jumlah tiga hingga lima sajian buah dan sayur dalam sehari.



Berikut adalah di antara khasiat pelbagai jenis buah yans sering mendopat tempat daalangan rakyat Malaysia.


Durian



Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan antioksidan. Antioksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Tryptophan di dalam durian juga sangat penting bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Bagaimanapun, hadkan pengambilan buah durian kerana ia juga tinggi kandungan gula dan pengambilan berlebihan akan memberikan rasa panas berhaba.

Ciku

Kaya dengan vitamin C dan bahan mineral lain terutamanya kalsium. Bagi tiap-tiap 100 gm ciku juga terkandung 2.3 gram zat besi, 0.9 gram serat, 4mg fosforus, 18.4 gram karbohidrat dan 79.1 gram air.

Jambu batu

Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu jika diambilkan ,secara konsisten setiap hari, in itu, jambu batu juga kaya dengan kandungan air, serat dan vitamin C.

Betik


Kaya dengan vitamin A, vitamin dan juga kalium, Selain itu ia juga mengandungi kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. lumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrisi yang terdapat di dalam buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok. Satu sajian betik adalah sama dengan sepotong buah tersebut.

Pisang


100gram atau2 biji pisang mengandungi 400gram potassium. Potassium adalah nutrisi yang mampu membantu menurunkan tekanan darah, membekalkan tenaga segera kepada tubuh, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kekejangan otot. Masalah cirit-birit atau sembelit juga mampu diredakan dengan mengambil pisang kerana khasiat potassium dan magnesiumnya.

Epal

Sebij epal segal bersaiz sederhana dengan kulit mengandungi 0.47 gram protein, 95 kalori, 4.4 gram serat dan sangat tinggi kandungan pelbagai jenis vitamin, Pengambilan epal hijau setiap hari juga mampu membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Beri Biru


Satu cawan beri biru mengandungi 1.1 gram protein, 84 kalori, 3.6 gram serat. Kandungan antioksidan dan pelbagai vitamin di dalamnya juga menjadikan beri biru sangat berkhasiat untuk kesihatan kulit dan fungsi otak. la membantu otak dan minda untuk kekal fokus serta turut membantu mengurangkan risiko diserang kanser dan sakit jantung.

Strawberi


Buah merah tanda cinta ini kaya dengan kandungan vitamin C, potassium, serat dan asid folik menjadikan pengambilannya di kalangan wanita mampu emberikan manfaat maksimum kepada kesihatan.


Nanas

Buah ini juga kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan. Menurut kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), pengambilan kira-kira 400gram nanas setiap hari mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol sebanyak 8.3% jika diambil secara konsisten selama tiga minggu. Bagaimanapun, anda masih dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan seimbang.

Oren



Sebiji oren saiz sederhana mengandungi1.23 gram protein, 62 kalori dan 3.1 gram serat. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah oren juga penting bagi menjamin pembentukan kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. la juga mampu mencegah penyakit kanser dan mencegah kerosakan sel akibat penyakit (radikal bebas). Kandungan folatnya pula mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Pir

Sebiji buah pir saiz sederhana mengandungi 0.68 gram protein, 103 kalori dan 5.5 gram serat. Memakan buah pir juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung kerana pir antara buah yang hampir tiada lemak, lantas tiada kolesterol. Hampir separuh daripada kandungan serat di dalam buah pir, terdiri daripada bahan pektin dan sesetengah kajian mendapati bahawa pektin boleh mengurangkan risiko kolesterol serum di dalam darah.


Kurma


Satu cawan isi kurma mengandungi 3.6 gram protein, 415 kalori dan 11.8 gram serat. Kandungan glukosa di dalam kurma juga bersifat semulajadi dan mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Sementara itu, kandungan yitamin A dan C di dalamnya juga amat tinggi dan kurma juga banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan.

 

Jangan makan cara salah

Boleh dikatakan kaum wanita lebih berdisiplin bila tiba soal pengambilan buah di dalam diet. Bagaimanapun kaum wanita seringkali menjadi terlalu kreatir hingga adakalanya khasiat buah yang mampu membawa manfaat menjadi sebaliknya. "Wanita memang lebih suka memakan buah berbanding kaum lelaki tetapi cara makan golongan wanita ini kadang-kadang salah. Contobnya makan buah dengan asarn atau kuah rojak yang pastinya akan menambahkan kalori dalam sajian buah itu. Kalau minum jus buah ptim saya nasihatkan agar anda minum jus segar tanpa tambahan gula kerana setiap buah ada rasa manisnya yang tersendiri. Selain itu, saya lihat rakyat Malaysia lebih menggemari buah yang rangup dan manis tetapi tidak bagi mereka yang tinggal di negara yang mempunyai empat musim di mana mereka lebih menggemari buah yang lebih jus dan agak masam: ujar Adnan Lee lagi yang turut memiliki cawangan kedai buahnya di negara Cina.

 

Published by Rapi Magazine

Date by 01 June 2011


Download Press Release

 

Facebook Like Us



Press Release