You are here: Home News & Events Press Releases Beli buah secara online

MBG Fruits Sdn.Bhd. (773774-A)

Beli buah secara online

20100917_N60_UTS_MG_10_FC_BELI~BUAH~SECARA~ONLINE

PERKHIDMATAN penghantaran ke rumah yang disediakan MBG FruitShop sejak dilancarkan awal tahun ini telah mendapat pengiktirafan besar dan seterusnya menjadi satu kemudahan bagi masyarakat Malaysia untuk membeli buah-buahan secara online.

Ini kerana ia dapat mengelakkan para pelanggan daripada kesesakan lalu lintas dan kesibukan di pusat membeli-belah.

Pada Aidilfitri ini, MBG FruitShop menawarkan pakej kemudahan perkhidmatan penghantaran dan promosi buah-buahan bermutu termasuk kurma untuk masyarakat Islam.
Click image to enlarge
Menurut Pengarah Urusan MBG FruitShop, Adnan Lee, ketika orang Islam berpuasa pada bulan Ramadan mereka memerlukan diet yang seimbang untuk mengembalikan tenaga.

Justeru, buah-buahan terutama kurma merupakan sebahagian penting daripada diet yang seimbang dan berkhasiat untuk berbuka puasa.

Buah-buahan mengandungi vitamin, mineral, antioksida dan phytochemical yang bermanfaat untuk tubuh.

Kurma juga diketahui mempunyai rendah kalori, kaya dengan tenaga dan vitamin.

Kurma juga penuh dengan karbohidrat dan serat makanan yang akan meningkatkan tahap tenaga selepas berjam-jam puasa.

''Sebagai contoh, California Medjool yang bermutu, dijual dengan bungkusan khas pada harga runcit RM59.90. Selain untuk berbuka puasa, kurma boleh juga dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang kepada sahabat handai ketika balik kampung,'' tambah Adnan lagi.

Selain daripada perkhidmatan penghantaran ke rumah, MBG FruitShop juga menawarkan perkhidmatan penghantaran korporat, katering untuk jamuan, syarikat dan acara khas.

Pengusaha juga katanya, boleh menjaga kesihatan, kesetiaan dan produktiviti pekerja dan memberikan buah-buahan yang enak sebagai hadiah Hari Raya Aidilfitri kepada semua pada masa yang sama.

''Kami menggalakkan para pekerja untuk mengambil buah-buahan setiap hari terutama ketika berbuka puasa,'' katanya.

Pembayaran secara online kini disediakan untuk perkhidmatan penghantaran ke rumah dan korporat.

 

Facebook Like Us



Press Release