You are here: Home News & Events Press Releases Sepadu melalui seni - Utusan Malaysia June 30

MBG Fruit Shop


Sepadu melalui seni - Utusan Malaysia June 30

Sebagai individu yang melukis sekadar untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang sudah tentu akan berasa bangga apabila lukisan dinilai oleh pelukis terkenal seperti Yusof Gajah.

Lebih bererti, apabila lukisan yang dihasilkan itu lahir daripada hati tulus suci dan ikhlas untuk membantu pelbagal golongan terutama mereka yang memerlukan.

(DARI kirii) Dr. Dais Abdul Aziz, Pengarah Urusan MMG. Adnan Lee dan Yusof Gajah menunJukkan lukisan yang dihasilkan oleh para peserta.

Itulah pengalaman yang dirasai oleh 50 pelajar dari empat sekolah di sekitar Bangi. Selangor, yang menyertai kempen Kesepaduan Melalui Seni anjuran kedai buah terkenal, MBG, baru-baru ini.

Acara kesenian menerusi luklsan itu merupakan satu usaha bagi mendidlk jiwa generasi muda dan masyarakat untuk beramal menerusi hasil seni. Antara yang terbabit para pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Yu Hua. Kajang, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi. SK Jalan Tiga dan SJK (T) West Country.

Setiap seorang dari mereka menghasilkan satu karya lukisan yang kemudian diadili oleh pelukis tersohor. Yusof Gajah.

Semua lukisan yang telah dihasilkan oleh para peserta dipamerkan di Dewan Pameran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dibuka kepada umum untuk jualan.

Setiap lukisan bemilai RM250 dan sejak dipamerkan banyak yang telah berjaya dijual. SehIngga kini, sebanyak RM1,000 jualan berjaya dikumpul dan akan disumbangkan kepada Pusat Perubatan Unlversiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bag membantu pembiayaan perubatan kanak-kanak yang sakit dan kurang bernasib balk.

Sementara itu. Ketua Jabatan Pediatrik, PPUKM, Professor Madya Dr. Bilkis Abdul Aziz, menerima sebuah lukisan yang pertama dari MBG sebagai permulaan sumbangan sebahagian darlpada hasil-hasil seni untuk kanak-kanak kurang bernasib baik yang sedang dirawat di pusat perubatan tersebut.

la sebagai satu usaha mewujudkan persekitaran yang ceria, semangat serta sihat agar kanak-kanak tersebut segera sembuh.

Dalam majlis yang sama MBG telah menyerahkan sumbangan kepada Institut Kajian Etnik, UKM sebanyak RM10,000 bagi menyokong usaha pihak universiti menerusi kempen mereka yang bertemakan Kawan dan Jiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai MBG. sila layari laman web MBG di www.mbg.com.my.

 

Published By: Utusan Malaysia

Date by 30 June 2011

Click below to download the press release

 

 

Facebook Like Us



Press Release