You are here: Home Fruit Delivery Corporate Delivery

MBG Fruit Shop

Your Shopping Cart

Your Cart is currently empty.

MBG Penghantaran Korporat

Buah Dihantar Sebagai Tanda Penghargaan Pada Kenalan
603-2141 5798

Muat turun order-form sekarang!

Khidmat penghargaan istimewa untuk syarikat Korporat dari MBG
MBG FRUITS SDN BHD
(Jabatan Penghantaran Korporat)
NO.16, GROUND FLOOR,
JALAN BEDARA,
50200 KUALA LUMPUR.
TEL : 03 2141 5798 / 03 2141 1903
FAX : 03 2141 5802
e-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
H / P : 016 2278602

 

HARGA PESANAN TERENDAH: RM 100.00
*semua buah menjual dalam KG (Kilogram) akan dipadankan pada usaha terbaik dan harga akan disahkan melalui telefon oleh Delivery Coordinator kita selepas menimbang buah.

 

APPLE
~ Fuji
~ Granny Smith
~ Royal Gala
~ Rose Pacific
~ Red Delicious
~ Golden Delicious
~ Royal Beauty
~ Crispy Pink

CITRUS
~ Grapefruits
~ Lemon
~ Pamelo
~ Mandarine
~ Honey Murcort
~ Tanjerine
~ Navel Orange
~ Valencia Orange
~ Lime
GRAPE
~ Red Globe
~ Calmelia
~ Bonhue
~ Authum Royal
Seedless
~ Crimson Seedless
~ Thomson Seedless
~ Golden Globe
~ Black Globe
~ Ruby Seedless
~ Fantasy Seedless

STONE FRUITS
~ Plum
~ Peaches
~ Nectarine
~ Apricot
~ Plout


EXORTIC FRUITS
~ Red Dragon
~ White Dragon
~ Pomergranate
~ Avocado
~ Strawberry
~ Cherry
~ Blue berry
~ Rasp Berry
~ Castard Apple
~ Persimmon
~ Peipar

KIWI
~ Gold Kiwi
~ Green Kiwi
~ Organic Kiwi

LOCAL FRUITS
~ Papaya ~ Banana
~ Guava
~ Ciku
~ Jambu Air
~ Rambutan
~ Manggis
~ Dokong
~ Duku Langsat
~ Langsat
~ Kundang
~ Kedondong
~ Sengkuang
~ Josapine
~ ND2 Pineapple
~ Jackfruits
~ Cempedak

OTHER PRODUCT
~ Raisin
~ Dates
~ Nuts
~ Dry Fruits



PEAR
~ Packham Pear
~ Bosh Pear
~ Forella Pear
~ William Pear
~ Ya Pear
~ Century Pear
~ Fragrant Pear
~ Gong Pear
~ Golden Pear
~ Singo Pear
~ Hosui Pear

MELON
~ Watermelon
~ Sungold Melon
~ Honey Dew
~ Golden Melon
~ Rock Melon
~ Taiwan Melon



MANGO
~ Chukunan
~ Elephant Tusk
~ King Mango
~ Black Gold
~ Kungsri Mango
~ Falan Mango
~ Kensistan Bright
Mango
~ R2E2 Mango
~ Benishan
~ Bagan Phali
~ Chausa
~ Fajri
~ Harum Manis
~ Mana Lagi

papaya

concept

 

Adakah anda MENGAMBIL BERAT tentang
KESIHATAN KAWAN & KELUARGA ANDA?
Kebelakangan ini, kita berhadapan dengan pelbagai ancaman dari keadaan persekitaran seperti H1N1, debu, tekanan kerja dan lain-lain lagi. Memakan buah dapat membantu meningkatkan tahap imunisasi badan kita. Buah-buahan mengandungi pelbagai khasiat semulajadi seperti vitaman, mineral, antioksida, dan zat tumbuhan yang memberi banyak kebaikan untuk badan kita.


MBG Fruitshop telah mula melangkah maju setapak demi setapak sejak ia mula dikonsepkan pada tahun 2005.


smile-malay
MBG FRUITSHOP DENGAN BANGGANYA
MEMPERKENALKAN PERKHIDMATAN
PENGHANTARAN BUAH YANG PERTAMA
SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!

 




fruits





MAKAN UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK MAKAN? Persoalan yang mudah tetapi sukar untuk dijawab.

Gaya hidup yang sibuk masakini dan dunia yang semakin berkembang maju telah menyaksikan evolusi pemakanan mengikut peredaran masa. Banyak produk makanan segera telah dihasilkan oleh pengilang, tetapi adakah ianya sihat? Berapa ramaikah diantara kita yang benar-benar menjaga dan mengambil berat tentang isi kandungan makanan yang selalu kita gunakan?

Penyakit selalunya berpunca daripada makanan yang dimakan oleh kita. Sebab itulah kita harus mengambil tahu bahan kandungan dalam makanan kita walaupun kita berhak untuk menikmati segalanya yang ada di dunia ini. Buah-buahan adalah diantara makanan yang paling menyihatkan. Kita semua tahu bahawa kita patut memperbanyakkan pemakanan buah-buahan seperti yang disarankan dalam petunjuk pyramid pemakanan setara dengan ikan, daging, nasi dan gula.

Mengamalkan pemakanan buah-buahan segar dan berkualiti tinggi adalah penting untuk memastikan yang kita mendapatkan bekalan dan imbangan vitamin dari setiap hidangan. Buah-buahan mengandungi imbangan nutrisi dan vitamin A, B dan C manakala sesetengahnya membantu mengurangkan toksin dan kolesterol dalam badan.


Gaya hidup yang sihat boleh menjamin masa depan kita terutamanya bila tiba hari tua nanti dan peningkatan pencemaran air dan udara. Dalam hal ini, MBG berbesar hati mahu menukarkan gaya hidup masyarakat kita dan menggalakkan orang ramai dalam menitikberatkan gaya hidup sihat dengan memperkenalkan penghantaran buah kerumah atau kemana-mana lokasi yang diminta (lembah klang). Masyarakat boleh menikmati gaya hidup yang sihat dalam masa yang sama meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

MBG juga berjuang untuk melipatgandakan kualiti hidup masyarakat umum dengan membantu syarikat-syarikat yang ada menyediakan bajet untuk membekalkan buah kepada pekerja mereka setiap hari. Peruntukan untuk menambahkan kegembiraan hati pekerja telah terbukti mampu meningkatkan moral dan prestasi kerja disamping melipatgandakan kesihatan setiap pekerja.Pekerja adalah aset paling penting yang menentukan masa depan sesebuah syarikat dan kecergasan mereka amat dititikberatkan dalam pembangunan sesebuah syarikat. MBG mempunyai pasukan kerja yang gigih dalam perkhidmatan penghantaran. Setiap hari sebelum terbit matahari, pasukan kami telah mula memproses pemilihan buah untuk dihantar ke pelanggan tetap dan baru.Samaada pilih mengikut ketetapan kami berdasarkan bajet anda, ataupun anda boleh pilih sendiri melalui laman web kami di www.mbg.com.my, segalanya dihujung jari anda.

Kualiti buah tidak menjadi isu memandangkan rata-rata pelanggan MBG berpuas hati berikutan tanda niaga kami Mesti Boleh Ganti.MBG juga menitikberatkan kualiti buah berada di tahap terbaik dan selamat. Kami juga bertanggungjawab untuk menyatakan asal usul buah tersebut dan memastikan ia tiba dengan selamat. Kami menjamin yang anda akan menerimanya dalam kondisi terbaik.MBG menyarankan agar setiap syarikat di seluruh ibu negara mempromosikan gaya hidup sihat kepada pekerja mereka agar dapat meningkatkan keberkesanan kerja kearah meningkatkan mutu prestasi syarikat.

right-ban

bottom-malay